Bina Baru Jeti Konkrit Kampung Sungai Pala, Kabong Kini Siap

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

KABONG: Penduduk Kampung Sungai Pala, Kabong kini dapat memanfaatkan jeti konkrit yang telah siap pembinaannya.

Projek membina baru jeti konkrit kampung tersebut telah mula dilaksanakan pada 18 September tahun lepas dan telah siap pada 8 Januari tahun ini.

Projek tersebut dilaksanakan oleh Syarikat Badron Enterprise dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Daerah Saratok.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu menelan kos sebanyak RM149,993.79. -EDISI UKAS

Share

add comment