Bomba Lakukan Proses Sanitasi Cegah COVID-19 Disamping Siap Siaga Hadapi Situasi Banjir Di Asajaya

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

ASAJAYA : Umum mengetahui bahawa Pejabat Daerah Asajaya sering dikunjungi penduduk kampung di kawasan itu untuk menjalankan sebarang urusan.

Oleh yang demikian, bagi menginginkan persekitaran yang bersih dan bebas COVID-19, pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Asajaya telah melakukan proses sanitasi di situ, menggunakan Sodium Clorine dengan air (Nisbah 1:10) pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba Daerah Asajaya, Mosli Salim berkata, memandangkan kadar pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah itu tinggi, beliau berharap usaha kerajaan mengekang penularan wabak itu dapat diselesaikan.

Menyentuh mengenai banjir, ujarnya setakat ini Daerah Asajaya masih terkawal dan pihaknya sentiasa bersiapsiaga menghadapi sebarang situasi banjir. -EDISI UKAS

Share

add comment