Jalan Di Hadapan Rumah Panjang Perie Manduh Akan Dinaik Taraf

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Jalan di hadapan kawasan Rumah Panjang Perie Manduh di Sunga Ai di sini akan dinaik taraf pada hujung bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, projek bernilai sebanyak RM100,000 itu dijangka siap pada Mei 2021.

Menurutnya, kos projek itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Kita berharap kontraktor yang melaksanakan projek ini dapat menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan untuk kemudahan dan keselesaan para penghuni rumah panjang,” jelasnya semasa ditemui ketika melakukan pemeriksaan tapak projek pada Khamis.

Tambah beliau, pembinaan projek itu jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat. -EDISI UKAS

Share

add comment