Jumlah Mangsa Banjir di PPS Dewan Mesra Simunjan Meningkat

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan mencatatkan peningkatan setakat 12 tengah hari pada Jumaat.

Seramai 94 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 35 buah keluarga masih ditempatkan di PPS tersebut.

Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk dari Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah dan Kampung Nanas.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. -EDISI UKAS

Share

add comment