Kontraktor Digesa Laksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan Raya Di Kampung Bawang Obor Demi Keselamatan Penduduk

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Aduan dan rungutan daripada penduduk kampung berhubung dengan kerosakan jalan raya di Kampung Bawang Obor ke Kampung Tanah Merah telah mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Berikutan itu, Paulus bersama dengan Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bertanggungjawab telah turun padang dan melihat sendiri kerosokan yang berlaku di jalan tersebut pada Khamis

Bimbang dengan keselamatan penduduk kampung yang menggunakan jalan raya tersebut, kontraktor digesa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan demi keselamatan dan kemudahan mobiliti penduduk kampung.

Akibat daripada kerosakan itu, telah menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan raya tersebut dan selain keadaan jalan yang licin dan berlubang, terdapat beberapa kawasan jalan yang mengalami susur dan membahayakan keselamatan pengguna. 

Antara pembaikan yang perlu dilaksanakan ialah naik taraf kualiti jalan, pembinaan sistem perparitan dan pembinaan ‘gavion wall’.

Kontraktor juga disaran untuk memohon pertambahan bajet dengan mengemukakan kertas kerja dan dokumentasi yang berkaitan kepada JKR.

Hadir sama Penolong Jurutera JKR Limbang Amirul Nazrin Perali dan Kelawot Idop dan wakil Kontraktor Diversified Utility Sdn Bhd Roland Dayis. -EDISI UKAS

Share

add comment