Lebih 1,000 Mangsa Banjir Masih Ditempatkan Di 18 PPS Di Sarawak

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

KUCHING: Seramai 1,056 mangsa banjir kini ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 4 daerah di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam Laporan Terkini Bencana Banjir Negeri Sarawak setakat jam 4.00 petang pada Jumaat berkata antara daerah yang terjejas banjir ialah Tatau, Simunjan, Samarahan dan Serian. 

Di Daerah Tatau, hanya satu PPS telah dibuka iaitu di Dewan Sukan Tatau yang menempatkan lapan mangsa dari dua buah keluarga. 

Sementara itu, Daerah Simunjan empat PPS telah dibuka iaitu PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin 27 mangsa, PPS Dewan Mesra Simunjan 94 manga, PPS Dewan Kampung Entangor Sebuyau 39 mangsa dan PPS Masjid Kampung Seruyuk Sebuyau 70 mangsa dengan kesleuruhan 230 mangsa dari 77 buah keluarga. 

Manakala, di Daerah Samarahan hanya dua PPS dibuka yang menempatkan 52 mangsa dari 13 buah keluarga iaitu PPS Dewan Suarah Kota Samarahan 37 mangsa dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong 15 mangsa. 

Bagi Daerah Serian, sebanyak 11 PPS masih dibuka sejak pagi tadi yang menempatkan 766 mangsa dari 248 buah keluarga. 

Antara PPS yang dibuka ialah seperti PPS Dewan SK Tebakang 31 mangsa, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh 42 mangsa, PPS Dewan Buk Janjun 29 mangsa, PPS SK Tanah Puteh 275 mangsa, PPS Dewan Kampung Lintang Baru 67 mangsa, PPS Dewan Masyarakat Serian 141 mangsa, PPS Dewan Kampung Rimba Padi 75 mangsa, PPS SK St Patricks Tangga 53 mangsa, PPS Balai Raya Betong Kanowit 22 mangsa, PPS Balai Raya Babuk Bandar Ranchan 6 mangsa dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan 25 mangsa. -EDISI UKAS

Share

add comment