Pejabat Khidmat Parlimen Batang Sadong Serah Sumbangan Makanan Kepada 94 Mangsa Banjir

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Prihatin dengan mangsa banjir yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan, Pejabat Khidmat Parlimen Batang Sadong telah menyampaikan sumbangan makanan kepada 94 orang mangsa banjir pada Jumaat.

Pegawai Khas Kepada Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri iaitu Awang Safri Awang Ahmad telah menyampaikan sumbangan tersebut bagi mewakili Dato Sri Nancy.

Beliau juga telah diberi taklimat mengenai perkembangan semasa serta jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di PPS Dewan Mesra Simunjan sejak semalam berikutan hujan lebat yang telah mengakibatkan beberapa buah kampung dan rumah dinaiki air.

Secara keseluruhan, terdapat 35 keluarga dari Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah dan Kampung Nanas ditempatkan di PPS berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment