Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Dilaksana Mulai Hujung Bulan Ini

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu Perutusan Khas pada Khamis berkata, Kerajaan Persekutuan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin tersebut secara percuma.

“Penghantaran pertama vaksin COVID-19 melibatkan keluaran syarikat pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.

“Justeru saya suka memaklumkan bahawa kerajaan akan memulakan pelancaran Program Pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan mulai hujung bulan ini dan kita mensasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara kita ini ataupun 26.5 juta rakyat ataupun individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” Katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjelaskan, program tersebut akan melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan, fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisikio tinggi iaitu  warga emas termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) manakala fasa terakhir melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas. 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini juga akan melibatkan tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan. Fasa ini amat penting untuk melindungi ‘frontliners’ kita yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada bulan April tahun ini.

“Fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, ialah warga emas dan golongan rentan yang berusia 60 tahun ke atas, mereka yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi termasuk orang kurang upaya (OKU) dan seramai 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin fasa kedua ini yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021 .

“Bagi fasa ketiga, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang akan bermula bulan Mei 2021 hingga Februari 2022. Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau ‘herd immunity’ dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh,” Jelasnya lagi.

Ujar beliau lagi, bagi memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan memudahkan rakyat, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara.

“Bagi memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan memudahkan rakyat, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara. 

“Saya telah mengarahkan pihak berkuasa agar menggunakan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam dan swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti sebagai pusat vaksinasi dengan menggunakan peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. dewan-dewan dan kemudahan lain bagi persediaan utk melaksanakan imunisasi ini,” Tambahnya.

Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai program imunisasi COVID-19 ini termasuk tatacara pendaftaran dan lokasi pemberian vaksin akan dimaklumkan kemudian.-EDISI UKAS

Share

add comment