Sebanyak 223 Tangki Air Diagihkan Kepada 3 Kampung Di Serembu

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

BAU: Sebanyak 223 tangki air diagihkan kepada penduduk di tiga kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, pengagihan tangki fasa ketiga itu melibatkan tiga kampung.

“Semua tangki ini telah diagihkan untuk penduduk di Kampung Podam dengan seramai 103 orang penerima, Kampung Sega (10 penerima) dan Tringgus Rabak Rotan/Bong (110 penerima),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tangki air pada Khamis.

Sementara itu katanya, semua tangki air tersebut adalah bagi penduduk yang telah memohon sebelum ini.

“Malah keutamaan adalah bagi penduduk yang tidak pernah mendapat bantuan tangki air dan sering terjejas atau terputus bekalan air paip,” jelasnya. -EDISI UKAS

Share

add comment