Tanah Runtuh Di Jalan Bukit Tega, Penduduk Mohon Pihak Berkaitan Alihkan Kesan Runtuhan

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2021

ENGKILILI: Penduduk di kawasan Ulu Skrang memohon agensi berkaitan melakukan kerja-kerja membersih dan mengalihkan kesan runtuhan tanah di jalan Bukit Tega, Nanga Blaie Skrang.

Kejadian pada Jumaat telah mengakibatkan penduduk setempat terputus hubungan sementara selepas kenderaan tidak dapat melalui laluan berkenaan.

Insiden tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lepas.

Penduduk setempat berharap pihak berkaitan dapat melaksanakan kerja-kerja mengalihkan kesan-kesan runtuhan tersebut dengan kadar segera bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa. -EDISI UKAS

Share

add comment