120 Penerima Tiada Akaun Simpanan Terima Bayaran BPN 2.0 Di Lingga

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

LINGGA: Seramai 120 orang penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga yang tiada akaun simpanan di bank menerima pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di Pejabat Daerah Kecil Lingga, pada Sabtu.

Langkah kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat juga dilakukan oleh petugas barisan hadapan untuk mengawal dan menjaga jarak fizikal bagi setiap penerima.

Pada masa yang sama, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mendaftar dan mengemaskini maklumat penerima untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPR) 2021.-EDISI UKAS

Share

add comment