ADUN Simunjan Tinjau Kejadian Mendapan Dan Rekahan Jalan Kampung Tebuan

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Kejadian mendapan serta rekahan jalan raya di Kampung Tebuan di sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris yang turun padang bagi meninjau sendiri keadaan jalan raya tersebut pada petang Sabtu.

Tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat dua kesan mendapan serta rekahan pertama sepanjang lebih kurang 7 meter dan rekahan yang kedua pula kira-kira 5 meter.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hakisan tebing sungai memandangkan jalan raya tersebut berhampiran dengan sungai dan berlakunya banjir ketika kejadian.

Bagaimanapun, pihak kontraktor telah mengambil tindakan segera dengan membaik pulih jalan raya tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Untuk rekod, jalan tersebut di dalam pelaksanaan projek naik taraf jalan Kampung Tebuan di bawah projek Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) yang sepanjang 1.7 kilometer. -EDISI UKAS

Share

add comment