Bomba Bintulu Laksana Sanitasi Awam Di Daiken Sarawak Dan Press Metal

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

BINTULU: Dalam usaha memastikan kawasan tempat kerja bebas dari wabak pandemik COVID-19, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu telah melakukan sanitasi di Daiken Sarawak Press Metal.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahagian Bintulu pada Jumaay, pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di Daiken Sarawak, Kidurong Industrial Estate pada pagi Jumaat.

Operasi sanitasi telah dilaksanakan enam orang anggota Bomba dan lima orang anggota dari Lembaga Kemajuan Bintulu yang diketuai PBK II Winston.

Mereka menggunakan kaedah penyemburan ‘mist blower’ sebanyak 4 unit dan bahan semburan virucidal disinfectant sebanyak 10liter.

Dalam perkembangan lain, JBPM Bahagian Bintulu turut melaksanakan sanitasi awam di Pusat Kuarantin, Hostel 5, Press Metal, Taman Perindustrian Samalaju dan Jalan Pesisir Bintulu/Miri pada hari yang sama.

Ianya telah dilakukan oleh tujuh orang anggota Bomba yang dibantu anggota unit Hazmat PB Willie Senin dan PB Gary Jost yang diketuai PBK II Zulkipli Narawi dan dihadiri oleh Pegawai Kanan, PPgB Hashim Norshidi.

Mereka melakukan penyemburan sanitasi  di dalam dan di luar bangunan serta bilik tandas dengan menggunakan kaedah penyemburan ‘Mist Blower’ 4 unit dan ‘Garden Sprayer’ sebanyak 3 unit serta 20 liter bahan semburan Sodium Hypoclorite di dalam bangunan Press Metal itu. -EDISI UKAS

Share

add comment