Gereja St Philip, Lubok Antu Terima Peruntukan RM60,000

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

LUBOK ANTU: Gereja St Philip, Lubok Antu menerima peruntukan Projek Kecil Luar bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM60,000.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang yang diwakili oleh pegawai khasnya telah menyampaikan peruntukan tersebut kepada ahli jawatankuasa gereja berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu itu telah meluluskan projek berjumlah RM40,000 untuk menaik taraf prasarana gereja dan RM20,000 bagi pengurusan dan penganjuran aktiviti agama.

Beliau berharap, setelah projek siap sepenuhnya ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat untuk beribadah di gereja itu.-EDISI UKAS

Share

add comment