Pastikan Bersih Dan Selamat, Rumah Panjang Long Laput Disantisi

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

TELANG USAN: Sementara menunggu keputusan ujian calitan COVID-19, kesemua ruang di Rumah Panjang Long Laput disanitasi pada Jumaat.

Menurut Pejabat Daerah Telang Usan pada Jumaat, sanitasi ini dilakukan di semua ruang luar dan dalam rumah panjang serta rumah persendirian di dalam kawasan tersebut.

Ini meliputi 116 buah bilik di empat blok rumah panjang, sebuah rumah e-kasih, kantin dan Rumah Mering Ngau Emang.

Seramai lima orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi yang diketuai Ketua Balai Bomba Marudi PPgB Maureen Sim telah melaksanakan sanitasi dengan menggunakan empat unit tangki semburan dan bahan Sodium Hypochlorite dengan nisbah campuran 1:10.

Tujuan sanitasi awam ini dilaksanakan adalah supaya kawasan tersebut bersih dan bebas dari wabak pandemik COVID-19.

Baru-baru ini semua penduduk Rumah Panjang Long Laut telah menjalani ujian calitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -EDISI UKAS

Share

add comment