Peruntukan RM100,000 Bagi Bina Kediaman Pastor & Petugas Gereja BEM Serian

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

SERIAN: Pastor dan petugas di Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Kampung Kakai di sini akan memiliki kediaman baharu apabila projek pembinaan bangunan itu siap kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus telah menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi pembinaan kediaman Pastor dan pekerja sepenuh masa bagi gereja tersebut.

Menurutnya,difahamkan, Pastor dan petugas gereja berkenaan telah tinggal di ruang belakang gereja selama lebih 10 tahun.

“Saya berasa gembira dengan ahli jawatankuasa gereja yang bertindak proaktif dalam usaha menjaga kebajikan dan keselesaan pekerja di sini,” katanya semasa menyerahkan cek UNIFOR kepada Pengerusi Gereja BEM Serian pada Sabtu.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar jawatankuasa Gereja BEM memohon peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk membina dewan serbaguna baharu yang bersebelahan dengan gereja tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment