PKP : Bantuan Keperluan Makanan Mula Dihantar Di Daerah Song, Libat 364 KIR Dari 18 Rumah Panjang

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

KAPIT: Penghantaran bantuan bekalan makanan bagi penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Song telah dimulakan pada Sabtu.

Bungkusan makan itu akan dihantar ke SK Lubuk Ipoh dan SK Nanga Engkuah dan diserahkan kepada seramai 364 Ketua Isi Rumah (KIR)  dari 18 buah rumah panjang kawasan Katibas Hulu.

Syarikat Koperasi Song Kapit Berhad merupakan agnesi yang  turut terlibat dalam penghantaran bantuan tersebut. 

Bantuan bekalan makanan akan diagihkan kepada semua KIR di daerah Song yang terkesan secara berperingkat.-EDISI UKAS

Share

add comment