PPS Dewan Suarah Kota Samarahan Ditutup Pagi Ini, 2 PPS Terima Mangsa Banjir Baharu

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Samarahan telah ditutup pagi Sabtu selepas keadaan banjir di kawasan itu surut.

Dalam satu kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu, PPS yang ditutup itu ialah Dewan Suarah Kota Samarahan.

Sebelum ini PPS Dewan Suarah Kota Samarahan telah menempatkan 30 orang mangsa dari 6 buah keluarga dari Kampung Tanjung Bundong dan Lot Fasa 3.

Susulan itu, setakat jam 12.00 tengah hari, 17 PPS masih beroperasi di negeri ini.

Daripada jumlah itu, satu PPS masih dibuka di Daerah Tatau, empat di Daerah Simunjan, satu di Daerah Samarahan dan 11 di Daerah Serian.

Sehingga kini, sebanyak 1,046 mangsa banjir dari 46 buah keluarga masih ditempatkan di 17 PPS seluruh negeri.

Dalam pada itu, dua buah PPS masing-masing di Daerah Simunjan dan Serian telah menerima peningkatan mangsa banjir pada pagi ini.

PPS Dewan Kampung Entangor, Sebuyau menerima seorang mangsa dan PPS SK Tanah Puteh, Serian menerima 5 mangsa banjir. -EDISI UKAS

Share

add comment