Residen Bahagian Kuching Lakukan Lawatan Ke Kawasan Sebako

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

LUNDU: Ekoran peningkatan kes positif COVID-19 dalam Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2, Lundu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula dari 6 hingga 19 Februari 2021.

Sehubungan itu, Residen Bahagian Kuching yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini telah melakukan satu lawatan ke kawasan itu bersama kakitangan agensi yang terlibat sama dalam pengurusan bagi PKPD ini.

Taklimat ringkas juga diberikan kepada yang hadir oleh Pegawai Kesihatan Daerah Lundu, Dr Nicky Orrelius berkenaan dengan situasi semasa penularan wabak COVID-19 dalam Daerah Lundu serta di kawasan PKPD tersebut khasnya.-EDISI UKAS

Share

add comment