SABTU, 6 FEBRUARI 2021
BAU: Seorang lelaki yang keluar memancing sejak tiga hari lepas dilaporkan hilang selepas dipercayai tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bijuray di sini.
Abang kepada lelaki yang berusia 28 tahun itu kemudian bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berhubung kejadian itu pada Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan pada jam 11 pagi bagi mengesan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, operasi ditangguhkan pada jam 6.15 petang dan akan disambungkan pada keesokan hari. -EDISI UKAS
Share