Seramai 150 Penerima Bantuan BPN 2.0 Terima Bayaran Secara Tunai

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Seramai 150 orang penerima yang tidak mempunyai akaun simpanan bank menerima pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu.

Selain itu, terdapat juga yang mengemaskini dan mendaftar semula permohonan bagi bantuan tersebut.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perbendaharan Malaysia Sarawak serta Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak turut membuka kaunter bagi membuat pembayaran kepada penerima.

Agensi yang berkenaan turut memaklumkan sekiranya terdapat penerima yang tidak berkesempatan untuk hadir ke program hari ini boleh menuntut wang di mana-mana cawangan bank sehingga 31 Disember 2021.

Selain itu, bagi nama mereka yang tercicir dalam menerima bantuan ini, agensi pelaksana memaklumkan akan mengambil tindakan untuk semakan seterusnya.

Program tersebut berjalan lancar dengan semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penerima bantuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan menghulurkan bantuan sekaligus meringankan beban mereka semasa berdepan dengan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment