Tiga Kawasan Di Belaga Dikenakan Perintah ‘Lockdown’

SABTU, 6 FEBRUARI 2021

BELAGA: Susulan peningkatan kes positif COVID-19 di Belaga, tiga kawasan iaitu Rumah Panjang Sekapan Panjang, Rumah Panjang Uma Badeng Long Dungan dan SK Airport dikenakan perintah ‘lockdown’ bermula Sabtu.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Penyelarasan Dan Tindakan Menghadapi Pandemik COVID-19 Daerah Belaga yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, pihak PDRM dan RELA juga turut mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan SMK Belaga bermula 6 petang tadi hingga 10 malam dan akan bersambung esok.

Jawatankuasa Bencana Daerah Belaga petang tadi telah bersama-sama memasang dan mendirikan khemah di hadapan SMK Belaga untuk kegunaan dan kemudahan SJR.

Penduduk yang ingkar arahan seperti pergi ke Pekan Belaga akan dikenakan kompaun RM1000 oleh PDRM.

Sehingga kini Daerah Belaga telah mencatat empat kes positif COVID-19 termasuk satu kes baharu pada Sabtu. – EDISI UKAS

Share

add comment