1,002 Mangsa Banjir Masih Ditempatkan Di 14 PPS Seluruh Sarawak

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

KUCHING: Seramai 1,002 mangsa banjir masih berlindung di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di Sarawak setakat jam 8.00 pagi Ahad.

Daerah Serian masih mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 767 daripada 249 buah keluarga yang berlindung di 9 PPS. 

Antara PPS yang masih beroperasi ialah PPS Dewan SK Tebakang, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, PPS Dewan Buk Janjun, PPS SK Tanah Puteh, PPS Dewan Masyarakat Serian, PPS Dewan Kampung Rimba Padi, PPS SK St Patricks Tangga, PPS Balai Raya Babuk Bandar Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan. 

Sementara itu, Daerah Simunjan kekal dengan 4 PPS iaitu PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, PPS Dewan Mesra Simunjan, PPS Dewan Kampung Entangor Sebuyau dan PPS Masjid Kampung Serujuk Sebuyau yang menempatkan 220 mangsa banjir dari 75 buah keluarga. 

Manakala, hanya satu PPS dibuka di Daerah Samarahan iaitu PPS Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong yang menempatkan 15 mangsa daripada 5 buah keluarga. 

Sehingga hari ini keadaan cuaca di beberapa buah kawasan masih lagi hujan yang berterusan. -EDISI UKAS

Share

add comment