Dato Sri Nancy Lawat PPS Dewan Mesra Simunjan

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri melakukan lawatan kerja rasmi ke Simunjan untuk meninjau keadaan banjir di kawasan itu pada Ahad.

Beliau mengambil peluang mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan dan sempat memberi kata-kata semangat kepada 96 mangsa daripada 37 keluarga yang ditempatkan disitu.

Berpuas hati dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan mangsa banjir tejaga, beliau yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris,berharap agar segala bantuan dan sumbangan yang diberikan mencukupi.

Dato Sri Nancy juga amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat membantu dan mengurus segala keperluan pemindahan penduduk yang terjejas.

Turut serta, Setiausaha Politik beliau, Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie, Pemanca Liew Wee Tciun, Kapitan Liew Kiet Pin serta Kapitan Lai Pin Sin. -EDISI UKAS

Share

add comment