Jambatan Kayu Kampung Pulo Ayer Cina Runtoh

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

TANJONG DATU : Kejadian jambatan kayu runtuh di Kampung Pulo Ayer Cina, Lorong Sekambal 5 pada Ahad memberikan kesukaran kepada dua buah keluarga.

Menurut laporan daripada Kapitan Michael Bong, runtuhnya jambatan tersebut akibat peningkatan paras air dan arus deras susulan banjir dan ia merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan jalan keluar dari rumah keluarga berkenaan.

Jelasnya, agensi dan pihak berwajib telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. -EDISI UKAS

Share

add comment