Kampung Sungai Lingkau Senarai Terbaharu Di PPS Dewan Mesra Simunjan

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN : Kampung Sungai Lingkau kini tercatat dalam senarai terbaharu yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 8 pagi Ahad, penambahan itu meningkatkan lagi jumlah keseluruhan mangsa banjir di bahagian Simunjan kepada 96 orang daripada 37 buah keluarga.

Untuk itu, kesemua kampung yang terjejas dengan pemindahan adalah Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah, Kampung Nanas dan terkini Kampung Sungai Lingkau.

Setakat ini, bahagian Simunjan telah menyediakan empat buah PPS yang menempatkan 220 mangsa banjir daripada 80 buah keluarga. -EDISI UKAS

Share

add comment