Mangsa Banjir Di PPS Dewan Kampung Bangka Semong Samarahan Terus Dibantu

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Bangka Semong, Kota Samarahan terus mendapat perhatian daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s). 

Kali ini, seramai 10 orang sukarelawan belia dari tiga NGO’s iaitu Kenyalang Prodigy, Enlight Malaysia dan PIMPIN Cawangan Sarawak hadir bagi menyalurkan bantuan berupa makanan dan keperluan kebersihan diri. 

Menurut Koordinator Muhammad Nur Fawwiz yang ditemui berkata misi  bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir yang khususnya dalam menghadapi kehidupan seharian. 

“Pada hari ini, kita bersama tiga NGO’s sukarelawan iaitu Kenyalang Prodigy, Enlight Malaysia dan PIMPIN Cawangan Sarawak hadir menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Bangka Semong, Kota Samarahan.

“Apabila kawasan ditenggelami air sudah pastinya sukar untuk mangsa mendapatkan kemudahan kebersihan diri terutama warga emas dan kanak-kanak. 

“Justeru, bantuan yang disampaikan hari ini adalah berupa makanan dan keperluan sanitari peribadi seperti sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi dan tuala wanita untun kebersihan diri,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Bangka Semong, Kota Samarahan pada Sabtu. 

Seramai 23 orang mangsa banjir dari 7 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak menerima bantuan makanan. -EDISI UKAS

Share

add comment