Operasi SAR Mangsa Hilang Di Kampung Bijuray Mongag Diteruskan

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

BAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai hilang di Kampung Bijuray Mongag di sini diteruskan pada Ahad.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Francis Nomi, 28, telah keluar memancing ikan pada Rabu, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Susulan itu, laporan polis telah dilakukan oleh abang kepada mangsa pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Kawasan tumpuan operasi hari ini dimulakan dari lokasi tempat bekas tapak khemah sementara yang dijumpai pada hari pertama SAR.

Hadir dalam operasi berkenaan, Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam dan Ketua Bomba Dan Penyelamat Malaysi Bau, Tawang Lingem. -EDISI UKAS

Share

add comment