PPS Dewan Sukan Tatau Ditutup, Mangsa Banjir Kembali Ke Rumah Masing-Masing

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

BINTULU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sukan Tatau yang menempatkan lapan mangsa banjir daripada dua buah keluarga ditutup pada Sabtu. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau Barayan Lenya berkata PPS Dewan Sukan Tatau telah ditutup jam 2.00 petang Sabtu. 

Penutupan PPS Dewan Sukan Tatau dibuat setelah mendapat pengesahan daripada pihak Bomba bahawa air di Kampung Dagang Tatau telah surut dan kediaman mangsa selamat untuk didiami. 

Kesemua mangsa telah di hantar ke rumah masing-masing oleh pihak Bomba. 

Untuk rekod, PPS Dewan Dewan Tatau dibuka pada 3 Februari lepas selepas sebuah rumah di Kampung Dagang Tatau yang didiami lapan orang dari dua buah keluarga dinaiki air sedalam lebih kurang satu kaki. 

Mereka kemudiannya dipindahkan ke Pusat PPS Dewan Sukan Tatau untuk berlindung sementara. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Tatau Calvin Ligong dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau PBK Jankey Jikat. -EDISI UKAS

Share

add comment