Saringan COVID-19 Berskala Besar Dijalankan Di Pasar Tamu Bintulu Dan Pasar Malam Bintulu

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

BINTULU : Saringan COVID-19 berskala besar dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pasar Tamu Bintulu dan Pasar Malam Bintulu pada Ahad, berikutan satu kes positif melibatkan seorang peniaga dilaporkan pada Sabtu.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, operasi kedua-dua pasar itu dihentikan sementara bagi melancarkan program calitan berkenaan yang diadakan pada sebelah pagi dan malam.

Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China itu berterusan mengingatkan orang ramai agar memberikan kerjasama untuk tidak bersembunyi atau berasa takut mendapatkan pemeriksaan bagi mengekang penularan wabak tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment