Taman Negara Maludam Perlu Sentiasa Dijaga Sebagai Pusat Pelancongan

AHAD, 7 FEBRUARI 2021

BETONG : Keunikan Taman Negara Maludam yang terletak di Kampung Maludam sememangnya perlu dijaga sebagai salah satu pusat pelancongan di Sarawak.

Taman Negara yang terbesar di Sarawak itu bukan sahaja terkenal dengan kehidupan monyet ‘Red Banded Langur’ (Kera Merah) dan juga ‘Proboscis Monkey’ (Monyet Belanda), malah juga keindahan flora dan fauna, kekayaan produk berasaskan ikan dan udang serta kelebihan paya gambutnya besar cukup menarik pengunjung datang kesitu.

Siapa sangka sebuah perkampungan nelayan yang bergantung kepada hasil laut dan tani itu boleh menyumbang kepada sumber ekonomi industri pelancongan di negeri ini, dengan kepelbagaian aktiviti seperti perkhidmatan homestay, pemandu bot pelancong dan memasarkan hasil tangan penduduk setempat.

Dengan adanya kewujudan Taman Negara Maludam ini dapat mengekalkan keaslian habitat yang terdapat di dalamnya termasuk meningkatkan kualiti kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment