ADUN Lingga Santuni Masyarakat Cina Di Pasar Lingga

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

LINGGA : Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang menjelang tiba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkesempatan menyantuni kaum Tiong Hua di Pasar Lingga dalam satu majlis ringkas petang Isnin.

Sebanyak 14 pintu gerai mendapat Ang Pow beserta buah tangan sumbangan beliau.

Dalam kesempatan itu juga beliau bersama beberapa org AJK PBB Cawangan sempat beramah mesra disamping mempromosikan logo GPS kepada masyarakat Cina di pasar itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut meninjau Projek RTP 2020 Bina Baru Parit Bertutup bernilai RM150,000 di kawasan itu, yang hampir siap pembinaannya.-EDISI UKAS

Share

add comment