ADUN Telang Usan Sertai Gotong-Royong Bersihkan Pekan Long Lama

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

LONG LAMA: Satu program gotong-royong membersihkan halaman kedai di Pekan Long Lama telah diadakan dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Program gotong-royong tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Pekan Long Lama merupakan sebuah pekan persinggahan yang popular bagi penduduk di sekitarnya khususnya mereka yang datang dari kawasan pedalaman Baram. 

Memandangkan ketika ini musim panas di Utara Sarawak, Pekan Long Lama ini kelihatan berdebu dan menyebabkan keadaan tidak selesa. 

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, aktiviti gotong-royong ini hanya disertai 25 orang sahaja sebagai mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Pejabat Daerah Telang Usan, Majlis Daerah Marudi (MDM), agensi-agensi kerajaan, JKKK Pekan Long Lama serta JKKK Kampung Kayan Long Lama. -EDISI UKAS

Share

add comment