Ahli Parlimen Batang Lupar Serah Sumbangan Tahun Baru Cina

ISNIN,8 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyumbang sebanyak 75 kotak limau mandarin kepada para peniaga Cina di sekitar Pasar Sebangan dan Pasar Sebuyau pada Ahad.

Sumbangan tersebut telah diagihkan oleh Pusat Khidmat Batang Lupar.

Dalam pada itu juga, seramai 69 warga emas juga menerima bantuan wang tunai bagi meringankan beban semasa berdepan pandemik COVID-19.

Sementara itu, para penerima sumbangan merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen mereka di atas pemberian sumbangan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment