Bangunan Madrasah Islamiah Kampung Jemukan Angkat Martabat Islam Di Sadong Jaya

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA: Bangunan baharu Madrasah Islamiah Kampung Jemukan di situ bakal mengangkat martabat agama Islam di kawasan Sadong Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, penubuhan madrasah itu adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti dakwah iaitu kepada generasi muda di Sadong Jaya.

Berucap ringkas semasa menyempurnakan majlis penyerahan projek siap bangunan baharu Madrasah Islamiah Kampung Jemukan pada Isnin, beliau menambah, sememangnya tugas penting di dalam melahirkan anak-anak soleh, beriman, berilmu, bertakwa, berahklak mulia dan meningkatkan syiar Islam bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan ahkirat. -EDISI UKAS

Share

add comment