ISNIN, 8 FEBRUARI 2021
SERIAN: Jumlah mangsa banjir bahagian Serian kekal seramai 528 orang.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat 4 petang Isnin terdapat tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah di buka di kawasan tersebut.
Dilaporkan sebanyak sembilan buah keluarga ditempatkan di PPS Dewan kampung Slabi Entukuh, 114 keluarga di PPS SK Tanah Puteh dan 52 keluarga PPS Dewan Masyarakat Serian.-EDISI UKAS
Share