Banjir Surut Sepenuhnya, PPS Dewan Mesra Simunjan Ditutup

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN : Seramai 96 mangsa membabitkan 37 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing susulan banjir di kawasan terbabit surut sepenuhnya.

PPS berkenaan ditutup secara rasminya pada jam 1 tengah hari Isnin setelah dibuka pada Sabtu bagi memudahkan urusan mangsa banjir.

Tinjauan yang dilakukan pasukan operasi yang bertanggungjawab di lokasi terjejas melibatkan Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sungai Lingkau, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah dan Kampung Nanas mendapati, kediaman mangsa selamat untuk diduduki semula.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Simunjan memutuskan agar PPS yang ditutup diklasifikasikan dalam keadaan siap sedia (Standby Mode) untuk sebarang kemungkinan memandangkan keadaan cuaca yang masih tidak menentu. -EDISI UKAS

Share

add comment