Daerah Mukah Terus Tingkat SJR, Elak Penularan COVID-19 Dari Kawasan Berisiko

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

MUKAH: Daerah Mukah terus memperketatkan kawalan pergerakan antara daerah khususnya melibatkan dari kawasan berisiko.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, langkah ini bagi memastikan Mukah mengekalkan status hijau terutamanya perayaan Tahun Baru Cina akan disambut tidak lama lagi.

Bercakap bagi mengulas pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di daerah itu pada Ahad, beliau menambah, kejadiaan yang mewujudkan Kluster Pasai atau Kluster Jalan Pengiran perlu dielakkan di mana jangkitan berpunca dari daerah lain.

Dalam pada itu, Abdul Yakub turut menyokong usaha beberapa buah kampung dan rumah panjang di kawasannya yang telah bertindak proaktif dalam mengawal dan menyekat kemasukan orang luar.

Ujarnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) juga telah diberikan kuasa untuk menjaga serta melindungi kampung masing-masing bagi memastikan penularan COVID-19 dapat diputuskan.-EDISI UKAS

Share

add comment