ISNIN, 8 FEBRUARI 2021
SEBUYAU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan terus melaksanakan Program Kembara Prihatin Negara (KPN) bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Dalam program tersebut telah diserahkan sumbangan berupa pek makanan dari pihak JKM Bahagian Samarahan bersama Pertubuhan Sukarelawan Kebajian Zon Sebuyau kepada 23 keluarga terpilih.
Inisiatif sumbangan bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban bagi keluarga yang terjejas.
Progam tersebut telah diadakan di Kampung Sungai Raba, Kampung Sungai Rama dan Kampung Lunying pada Isnin.-EDISI UKAS
Share