Kerja-Kerja Bina Jalan Alternatif Ke Kampung Mawang Tahup Sedang Dilakukan

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SERIAN: Kerja-kerja pembinaan jalan alternatif sedang dijalankan oleh pihak kontraktor selepas laluan menuju ke Kampung Mawang Tahup terputus akibat kejadian tanah runtuh pada Ahad.

Kejadian berkenaan telah mengakibatkan kira-kira 600 orang penduduk daripada 135 buah keluarga terputus hubungan dengan bandar Serian.

Buat masa ini, pihak kontraktor giat melakukan kerja-kerja pembinaan jalan alternatif bagi memboleh penduduk setempat melakukan aktiviti harian mereka. -EDISI UKAS

Share

add comment