Mangsa Banjir Di Kampung Stika Terima Sumbangan Makanan

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Mangsa-mangsa banjir di kawasan Sebuyau terus dibantu menerusi sumbangan makanan yang diagihkan oleh pelbagai pihak.

Terbaharu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim menerusi penyelaras kawasan tersebut telah menyerahkan sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Stika.

Para petugas dari Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar sebelum itu terpaksa menggunakan perahu untuk membawa bekalan makanan ke Kampung Stika disebabkan laluan ke kampung berkenaan masih ditenggelami air banjir.

Sementara itu, Tuai Rumah Kalong Langkeng merakamkan penghargaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar kerana membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment