Pasar Raya Besar Boulevard Bintulu Disanitasi

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

BINTULU: Pasar Raya Besar Boulevard Bintulu telah disanitiasi dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 pada Ahad.

Operasi sanitasi ini telah dilakukan Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu yang diketuai oleh PBK II Kup Abdullah Sedi melibatkan empat orang anggota Bomba dan tujuh dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk membendung penularan wabak COVID-19 di kawasan yang dikenal pasti bagi mengelakkan ianya menular ke kawasan lain. 

Operasi tersebut menggunakan kaedah penyemburan “Mist Blower” dan ‘sihat virucidal disinfectant’ serta menggunakan pakaian perlindungan diri sepenuhnya (PPE) untuk tugasan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment