Pasar Tambirat Dipindahkan Sementara Beri Laluan Proses Pembinaan

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

ASAJAYA : Pasar Tambirat kini dipindahkan sementara di perkarangan Surau Darul Jannah,Kampung Tambirat.

Pemindahan gerai-gerai berkenaan adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan pembesaran jalan utama sekitar Teluk Sabang dan Tambirat bagi mengurangkan kesesakan jalan.

Dalam masa yang sama, proses pembinaan Pusat Penjaja Tambirat yang baharu juga sedang dalam pelaksanaan dan berjalan lancar.

Ia termasuk pembinaan Waterfront Tambirat yang bakal mengubah wajah kawasan tersebut menjadi lebih menarik untuk dilawati pengunjung. -EDISI UKAS

Share

add comment