Persatuan Kebangsaan Punan Sibu Sumbang Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SIBU: Persatuan Kebangsaan Punan (PNA) Cawangan Sibu tidak ketinggalan membantu penduduk Punan di Sibu yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyumbang bantuan makanan Sarawakku Sayang.

Agihan peringkat pertama kepada seramai 70 KIR itu disempurnakan oleh Pengerusi PNA Cawangan Sibu, Agnes Adin pada Ahad.

Bantuan tersebut dipohon penduduk Punan yang terjejas dan tidak dapat bekerja semasa PKP melalui PNA Cawangan Sibu.

Menurut Agnes, pihaknya amat berterima kasih kepada pihak yang sudi menyumbang bantuan itu untuk membolehkan ia disalurkan kepada mereka yang terjejas.

Beliau dalam pada itu berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ditanggung penduduk Punan yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, pekerja ladang kelapa sawit, pemandu lori, pembinaan bangunan dan sebagainya. – EDISI UKAS

Share

add comment