PPS Dewan Masyarakat Kampung Entangor Ditutup

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Kesemua mangsa banjir dari Kampung Entangor telah dibenarkan balik ke rumah masing-masing setelah air banjir sudah surut sepenuhnya pada Isnin.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Kampung Entangor yang telah dibuka pada hari Khamis lepas telah ditutup pada jam 1.00 petang.

Sebelum ini seramai 40 orang mangsa daripada 11 buah keluarga telah ditempatkan di PSS berkenaan.

Bagaimanapun, PPS yang ditutup itu diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk sebarang kemungkinan. -EDISI UKAS

Share

add comment