Program Tanggungjawab Sosial Korporat JBPM Dan CJA Sempena Tahun Baharu Cina 2021

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

KUCHING : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Sarawak telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat pada Isnin.

Program sempena Tahun Baharu Cina 2021 itu merangkumi operasi sanitasi awam di Lion Nursing Home Kuching dan Salvation Army Children Home Kuching termasuk penyerahan sumbangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Khirudin Drahman@Hussaini.

Seramai 35 orang pegawai bomba terlibat dalam proses sanitasi tersebut dalam usaha memastikan kedua-dua tempat itu bersih dan bebas dari jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment