ISNIN, 8 FEBRUARI 2021
BINTULU : Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip menerusi Petugas Pusat Khidmat DUN Jepak menyampaikan sumbangan bekalan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Daerah Bintulu pada Isnin.
Petugas Pusat Khidmat DUN Jepak Cawangan PBB Jepak telah menyerahkan sumbangan kepada wakil Petugas Kesihatan di Poliklinik Bintulu serta Petugas Keselamatan yang menjalankan sekatan jalan Bintulu-Sibu.
Sumbangan itu bertujuan menghargai pengorbanan petugas dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat tanpa mengira penat lelah. -EDISI UKAS
Share