Rumah Badeng Long Dungan, SK Airport Terima Bantuan Bakul Makanan

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

BELAGA: Misi pengagihan bantuan bakul makanan kepada penduduk di bawah perintah ‘lockdown’ di Belaga bermula hari ini.

Penghantaran pertama membabitkan dua lokaliti iaitu Rumah Badeng Long Dungan yang mempunyai seramai 42 Ketua Isi Rumah (KIR) dan SK Airport dengan sembilan KIR.

Manakala penghantaran ke satu lagi lokaliti iaitu Rumah Sekapan Panjang akan dilaksanakan esok.

Agihan bantuan dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Belaga sambil dibantu Pejabat Daerah Belaga, RELA Belaga dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Rumah Badeng Long Dungan dan SK Airport terletak lebih kurang 12 kilometer dari Pekan Belaga dan perjalanan ke kedua-dua lokaliti itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Penghantaran bakul makanan itu adalah usaha kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Belaga untuk membantu penduduk yang terjejas ekoran pelaksanaan ‘lockdown’ berkuatkuasa 6 Februari 2021 bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment