Sumbang Pelitup Muka, Hargai Perkhidmatan Penghantar Makanan

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

BINTULU : Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing menerusi Pegawai Khasnya, Steven Kong Kai Seng mengagihkan sumbangan pelitup muka kepada sekumpulan penghantar makanan Food Panda Malaysia, pada Ahad.

Ia sebagai tanda penghargaan beliau terhadap pengorbanan penghantar makanan yang juga dianggap sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana sanggup berhadapan risiko untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Inisiatif sedemikian juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak muda itu dari berbelanja dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan kendiri.-EDISI UKAS

Share

add comment