Warga Pusa Tunai Bantuan Prihatin Nasional Bermula Hari Ini

ISNIN, 8 FEBRUARI 2021

PUSA: Seramai 787 orang penerima dari Daerah Pusa dan sekitarnya mula menunaikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bermula hari ini hingga esok bertempat di Dewan Rahmaniah Pusa.

Program anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Pusa itu dilaksanakan bagi membantu mereka yang tidak mempunyai akaun simpanan di bank.

Proses penunaian dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikawal oleh pihak RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada masa yang sama, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mendaftar serta mengemaskini maklumat penerima untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. – EDISI UKAS

Share

add comment